Labor Experience
So aku done beranak pada 31/3/2023 hari Jumaat jam 7:28PM Alhamdulillah allahuakbar. Tak sangka ye aku berjaya mengeluarkan seketul manusia yang comel. Syukur sangat sangat dengan rezeki yang Tuhan kurniakan, Hayyan Haris, sempurna sungguh ciptaanMu π Aku telah diarahkan untuk serah diri pada hari Isnin 27/3/2023 supaya akan melalui proses Induction of Labor pada Selasa 28/3/2023 atas sebab tertentu. Jadi aku telah memilih Hospital Tunku Jaafar Seremban sebagai tempat bersalin atas sebab keselesaan. Terdapat ward 2nd class, bangunan baru PRIBA dan banyak feedback bagus! Suamiku telah memohon paternity leave dan menemanku dari awal hingga ke akhir proses bersalin. Pada pendapat aku, selepas ini suami ku tak perlu menemaniku sebelum bersalin, aku cuma mahu dia teman aku hari bersalin and onwards sangat ngam! Hari pertama (Isnin) Buat test RTK di luar bangunan PRIBA. Tunggu result dalam masa sejam dan baru boleh masuk PAC. Sepanjang proses suami hanya boleh duduk di kerusi menunggu di lu